Saling Memberi
Kebebasan
Persahabatan
memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling
menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik
juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya,
melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan
hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri
tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling
menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada
persahabatannya.
Saling Menahan Rasa
Cemburu
Ramai
yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak
adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki
dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa
bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan
tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana
ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan
kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu
menyakitkan...
Saling Memahami
Utk
menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri
serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu
untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2
tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih
dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada
masa utk kamu bertemu si dia.
Saling Mengalah
Demi
menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah.
Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu
sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan
tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti
segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila
difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar
memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih
menyayangi dirimu.
Saling Memberi
Kemaafan
Memaafkan
perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri.
Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan
dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama
sendiri.Belajar
menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu
sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan
dirimu.
No comments:
Post a Comment