Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui
Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun.
Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah,
dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian
terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban
terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya
Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah
dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku
tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah
cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di
syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling
bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung.
Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar
kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa
kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada
Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan
RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh
Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik
teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira
semula.
MORAL & IKTIBAR
§ Cinta
kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
§ Mencintai
Rasul bermakna mencintai Allah
§ Kita
bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita
bersama nabi di akhirat nanti
§ Hati
yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat
jika tidak bertemu
§ Pasangan
sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat
naungan Arasy di hari akhirat kelak
§ Rasulullah
amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda
sudah wafat.
§
Rasulullah memberi
syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan
keagamaan dan semata-mata kerana Allah.
No comments:
Post a Comment