Wednesday, October 26, 2011

...:: CEMBURU ::...


                                               <<<<<<>>>>>
CEMBURU SAYANG
Biasanya cemburu ni lebih kepada kemanjaan. Sekadar menegur pasangan secara gurauan. Namun emosi mampu dikawal dan tidak wujud perasaan agresif. Cemburu sayang ini mampu menambahkan kemesraan di antara pasangan.
CEMBURU BUTA
Perasaan cemburu yang terlampau sehingga langsung hilang kepercayaan pada pasangan.  Sentiasa berfikiran negatif dan kalau boleh mahu berada di samping pasangan setiap saat. Mengawal setiap gerak geri pasangan. Malah boleh hilang kawalan sehingga mampu mencederakan pasangan.
PENGERTIAN DAN PENILAIAN CEMBURU
Cemburu akan muncul apabila berlaku sesuatu atau tindakan dari pasangan yang membolehkan pasangannya terasa tidak lagi ekslusif kepada pasangannya kerana perkara yang ekslusif yang berlaku antara dia dan pasangan juga dilalui antara pasangan bersama orang lain. Cemburu buta tidak akan timbul atau tidak boleh di pertikaikan sekiranya adanya satu pengakuan dari satu pihak yang terlibat. Cemburu buta ini hanya akan berlaku sekiranya semua pihak yang terlibat tidak mengakui akan perbuatan yang menjadi pertuduhan tersebut.
                                                  <<<<<<<@#$%^>>>>>>>
adakan saya termasuk dalam cemburu buta??
-- terpulng pd pndgn msg2..
kenalkan kamu akn diriku ini??
-- s0 sad c0z kamu msh blum mngenali memahamiku... ;-(
*** sy bkn jnis cmburu buta c0z dh bnyk kali sy ckp yg sy xkn bgaduh @ berebut lelaki even utk kamu skalipn.. sy pcya pd takdir idup sy..kalu Allah kata kamu jodoh sy,sy akn trime ngn bersyukur. sy jenis manusia yg senang n xrumit..kalu nk ckp nk kalu xnk ckp xnk.. kalu ade 0rg ln just brterus terang n g0 ahead...but jgn sekali2 mnganggu idup sy ngn bermcm2 cerita n kerenah....jgn smpai sy ilang pertimbangan... itulah yg sy pnah n sll ckp kan.. s0 sy arap awk msh ingt sume 2....n jika sy ini dikatakan cemburu buta,,its ok...ln org ln pendapat n pndgan...
                                                   ********

10 Tanda Cemburu Buta
Beremosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Sering melemparkan tuduhan
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan.
Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
Cuba mencari kesalahan anda
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.
Sanggup bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.
Sentiasa ingin bersama
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.
Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.
Wartawan dan polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
Suka buruk sangka
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
Pantang telefon berdering
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama, juga apabila si dia berani explore sms anda serta mendeletenya, dan si dia mendelete no telefon yang ada dalam list contact anda.
****fikirlah siapa yg cemburu buta.....same2 kita nilai diri sendiri....same2 la berusaha perbaiki ape yg patut..

No comments:

Post a Comment