TIPS CINTA JARAK JAUH
♥ Tanam sifat percaya pada pasangan masing-masing..
Bukan mudah untuk kita berjauhan dengan orang
tersayang. Pabila teringat, pasti timbul bibit curiga mula mengulit perasaan.
Setiakah dia di sana? Sebenarnya, kepercayaan adalah satu perkara penting untuk
hubungan ini. Bina sifat percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting
untuk mengelakkan diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
♥ Dari
email ke snailmail
Excitement mungkin semakin hambar untuk menerima
khabar darinya akibat terlalu kerap berbalas email. Apatah lagi kiriman sms
yang kerap kali diterima menyebabkan komunikasi bertukar kepada suram.
Adakalanya, mengamalkan kaedah lama seperti memucuk surat mampu menerbitkan
rasa rindu yang meluap-luap. Ini kerana kiriman surat membuatkan anda
tertunggu-tunggu dan tidak sabar untuk membaca kandungannya.
♥
Sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk berjauhan
Apabila salah seorang daripada anda terpaksa
berjauhan, pastinya situasi ini meresahkan. Keputusan untuk berjauhan perlu
diambil kira perasaan pasangan anda. Kata sepakat adalah sangat penting untuk
mengekalkan hubungan cinta jarak jauh. Pastikan kedua-dua belah pihak sama-sama
bersetuju untuk berdepan keputusan ini. Usah bimbang, cinta yang matang
biasanya dapat menghindari perpisahan.
♥ Buat
kejutan untuk si dia
Berikan kejutan demi kejutan kepada pasangan untuk
mengubati kerinduan. Antaranya, kirimkan sejambak mawar merah berserta coklat.
Ataupun berikannya lawatan mengejut agar si dia lebih menghargai dirimu kerana
pengorbanan yang sanggup dilakukan. Pastinya rindu yang mengulit jiwa terubat
pabila diri diberikan kejutan yang menyeronokkan.
Bila ada
yg Sayang ,Jgn lukai hatinya ...
Bila ada yg Cinta ,Jgn titiskan air matanya ...
Bila ada yg Menanti,Jgnlah pergi mninggalknnya ..
Bila ada yg Kasih,Jgn membenci ...
Bila dia pergi ,Carilah ia selagi dia bererti ...
Krn bila dia tiada di sisi ,Perasaan sepi dan Rindu
mjadi teman diri..... jadi....... HARGAILAH.....